
Laporan/foto: Mohd Firdaus Mahmud (Sungai Petani)
SUNGAI PETANI, 25 Jun (Malaysiaaktif) – Inisiatif penjualan barangan keperluan harian pada harga berpatutan menjadi fokus Pusat Khidmat Wakil Rakyat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sidam.
Program Jualan Prihatin Rakyat Parlimen Sungai Petani telah diadakan di Masjid Sultan Abdul Halim Taman Ria Jaya, di sini hari in bertujuan membantu pengguna yang terkesan dengan peningkatan harga barangan di pasaran.
Antara barangan yang dijual adalah produk sejuk beku, hasil laut segar, sayuran serta produk kraftangan yang dibuat oleh orang kelainan upaya (OKU) dihasilkan oleh PDK sekitar Negeri Kedah.
Menurut Pegawai Khas ADUN Sidam Firdaus Yusof penganjuran program ini pselaras dengan kehendak masyarakat yang terbeban dengan peningkatan harga barangan keperluan.
“Program ini juga mendapat kerjsama yang baik dari FAMA, LKIM, serta beberapa pengusaha produk IKS tempatan yang menyediakan keperluan asas dan berkualiti pada harga rendah” ujarnya lagi.
ADUN Sidam YB Robert King Kui Ee hadir merasmikan dan menyampaikan sumbangan khairat kematian serta Bantuan Kemasukan Ke IPT (BAKIPT) kepada 70 penerima di DUN Sidam.
-ZS-