
Laporan/foto: Zurina Saad (Yan)
YAN, 26 Jun (Malaysiaaktif) – Sistem Amaran Awal Aliran Puing (EWS) dipasang bagi mengesan kejadian bencana geologi aliran puing di Gunung Jerai pada Februari lalu hasil kerjasama Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Malaysia Dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merupakan projek perintis pertama di Malaysia berdasarkan teknologi termaju dari negara Jepun.
Ketua Pengarah JMG Malaysia Hisamuddin Termidi berkata sistem itu berfungsi mengikut kedudukan lokaliti setempat bagi mengelak risiko berlakunya kemalangan jiwa dan kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa berulang.
“Teknologi yang dibawa dari Jepun ini adalah yang pertama dalam negara dan akan diperluaskan ke lokasi berisiko lain sekiranya projek rintis ini didapati berkesan,” katanya di Titi Hayun, di sini hari in.
EWS merangkumi tiga komponen iaitu penderia dawai, penderia getaran dan siren serta lampu amaran.
-ZS-