
Laporan/foto: Aneta Ahmad (Dungun)
DUNGUN, 28 Jun (Malaysiaaktif) – Warga Dungun mengambil kesempatan membeli barang keperluan harian sempena Program Khas Jualan Terus Dari Ladang dan Serahan Bantuan Peralatan Pemasaran di perkarangan Pejabat Daerah Dungun anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Pejabat Daerah Dungun.
Pengarah FAMA Negeri Terengganu Nukman Hashim berkata program ini bertujuan membantu penduduk mendapatkan bekalan keperluan harian pada harga lebih murah.
“Program ini akan dilaksanakan sebanyak tiga kali sebulan bagi setiap daerah di Terengganu.” Katanya.
Sementara itu Pegawai Daerah Dungun Yusman Ibrahim turut menyampaikan bantuan peralatan sokongan pemasaran kepada 10 orang penerima yang berdaftar dengan Program Ladang Kontrak Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) 2.0.
-ZS-