Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Ops ATM: Banteras Aktiviti Sorok, Catut Barang Keperluan

By 1 Julai 2022Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/KPDNHEP Selangor

SHAH ALAM, 1 Jul (Malaysiaaktif) – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melaksanakan  Operasi Ayam Telur Minyak (Ops ATM) fasa kedua bermula hari ini bagi memastikan peniaga tidak mengambil keuntungan secara tidak munasabah (mencatut).

Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, pemeriksaan melalui Ops ATM fasa satu yang berakhir 30 Jun menunjukkan 2,217 pemeriksaan dijalankan dengan 540 kilogram minyak masak telah disita di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 atas kesalahan menyorok bekalan.

Katanya, sekiranya terbukti peniaga berbuat demikian akan diberi notis di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 serta disiasat atas kesalahan mencatut.

“Ops ATM bertujuan membanteras aktiviti menyorok barang kawalan agar keberadaan bekalan terutama barang makanan negara sentiasa mencukupi dan mudah diperolehi pengguna pada harga berpatutan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pemeriksaan dan pemantauan sempena pelaksanaan Penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam di sebuah pasaraya di Seksyen 15, di sini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pemeriksaan yang dijalankan bertujuan untuk melihat sendiri tahap pematuhan peniaga sempena pelaksanaan Penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam.

“Kerajaan begitu prihatin dan serius dalam membantu mengurangkan beban Keluarga Malaysia akibat peningkatan kos sara hidup yang berlaku melalui langkah penetapan harga maksimum ini,” jelasnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda