
Laporan/foto: Muhammad Naim/Samsulkhair (Jempol)
JEMPOL, 4 Jul (Malaysiaaktif) – Seramai 28 promoter Komunikasi Untuk Perubahan Tingkahlaku (COMBI) membuat aktiviti Komuniti Larvaciding bersama masyarakat setempat bagi membasmi tempat pembiakan nyamuk dan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang bahayanya aedes.
Menurut Pengerusi COMBI Taman Serting Indah Zamri Hj Parlan, 53, program tersebut melibatkan Pejabat Kesihatan Daerah Jempol yang turut membantu memastikan kawasan persekitaran terhindar daripada nyamuk aedes.
“Setelah sekian lama kita tidak bersama kerana pandemik COVID-19, hari ini kita kembali mewujudkan amalan murni ini demi kesejahteraan dan memelihara alam sekitar masyarakat setempat,” katanya di sini baru-baru ini.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah membuat semburan Larvaciding di longkang serta membersihkan kawasan persekitaran.
-ZS-