
Laporan/foto: Nur Shahrina Amran (Tangkak)
TANGKAK, 4 Jul (Malaysiaaktif) – Sebanyak empat jabatan dalam daerah Tangkak iaitu Pejabat Daerah, Pejabat Tanah, Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Pengairan Dan Saliran telah menerima Geran Perkasa Program Jalan Angkat di Majlis Pelancaran Johor Bersih 100 Hari peringkat Daerah Tangkak, di sini kelmarin.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor merangkap ADUN Serom Hajah Khairin Nisa Ismail program yang bermula 2 Julai 2022 merupakan cetusan idea Menteri Besar Johor semasa sesi pembentangan sektor-sektor perancangan pada 19 Jun 2022 yang lalu.
Khairin Nisa turut bersama-sama melakukan aktiviti lari kutip dan jelajah kebersihan di kawasan belakang Pejabat Daerah dan Taman Bunga Raya di sini.
Sebanyak 117 kg sampah berjaya di kumpul sepanjang program tersebut.
-ZS-