Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

MyChampion Titik Mula ke Arah Pembudayaan Hidup Sihat

By 4 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurunnadia Abdullah (Kluang)

KLUANG, 4 Jul (Malaysiaaktif) – Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Negeri Johor yang diadakan semalam bertujuan memperkenalkan Program MyChampion  bagi membudayakan hidup sihat dan kelestarian persekitaran yang menyokong kesejahteraan kesihatan Keluarga Malaysia.

MyCHAMPION merupakan kolaborasi khidmat sukarelawan merentasi kementerian dan agensi dalam usaha memperkasa komuniti untuk mengamalkan budaya hidup sihat yang terdiri daripada sukarelawan Communication for Behavioral Impact (COMBI), Komuniti Sihat Membina Negara (KOSPEN), Panel Penasihat Klinik Kesihatan (PPKK), Duta Kenali Ubat Anda, Ikon Gigi dan sukarelawan rakan strategik dari pelbagai agensi berkaitan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor Ling Tian Soon berkata kerajaan negeri sangat proaktif dan komited untuk terus memastikan rakyat di negeri Johor sentiasa sihat sejahtera dan berupaya melayan ancaman penyakit.

“Program MyChampion diharap akan menjadi model yang boleh diteladani dalam menggerakkan komuniti untuk jangka panjang dalam meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan kesihatan rakyat,” katanya semasa merasmikan Jelajah ANMS Program MyCHAMPION peringkat Negeri Johor, di sini semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda