
Laporan/foto: Dayana Bahazelan/Sh. Nurrul
PEKAN, 15 Jul (Malaysiaaktif) – Sebanyak RM700 juta diperuntukkan bagi pemuliharaan muara Sungai Pahang.
Menteri Alam Sekitar dan Air Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang melaksanakan Projek Pemuliharaan Muara Sungai Pahang.
“Pelaksanaan projek ini akan memberi manfaat kepada lebih 700 nelayan dan melindungi lebih 200 buah bot berdaftar daripada rosak akibat muara yang cetek dan pukulan ombak,” kata beliau di majlis pelancaran Projek Pemuliharaan Sungai Pahang Fasa 3 Pakej 3, di sini semalam.
Menurutnya lagi projek tersebut bakal memberi manfaat kepada 31,800 orang penduduk Kampung Tanjung dan Bandar Pekan daripada risiko banjir pantai.
-ZS-