
Laporan/foto: Normaisarah Abd Rahman/Azri Zainal Abidin (Kuala Lumpur)
KUALA LUMPUR, 17 Jul (Malaysiaaktif) – ‘Kuala Lumpur Car Free Morning (KLCFM) x Frontliners’ adalah sebagai penghargaan kepada barisan hadapan negara yang terlibat dalam pengurusan pandemik COVID-19 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Pengurusan Keselamatan) Majlis Keselamatan Negara (MKN) Hamzah Ishak berkata demikian ketika ditemui media berkata semasa acara pelepasan larian ‘KLCFM x Frontliners’, di sini hari ini.
Program anjuran bersama MKN Wilayah Persekutuan bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang berlangsung di Dataran DBKL ini telah disertai kira-kira 500 warga Kuala Lumpur.
“Saya hadir bersama keluarga dan rakan sekerja untuk menyertai program ini setelah sekian lama tidak beriadah bersama, di samping dapat mengeratkan silaturahim,” kata Azura Bajuri, 39, seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam.
-ZS-