
Laporan/foto: Shahrul Ammar Jauhari/Normaisarah Abd Rahman
KUALA LUMPUR, 17 Jul (Malaysiaaktif) – Pasukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menepati ramalan setelah menjadi juara Pertandingan ‘Frontliners Street Soccer’ di program ‘Kuala Lumpur Car Free Morning (KLCFM) x Frontliners’ dengan menewaskan Jabatan Kesihatan dengan kemenangan lima gol berbalas kosong.
Pertandingan yang berlangsung di hadapan Panggung Bandaraya, Jalan Raja, di sini hari ini bermula jam 7:30 pagi memperlihatkan DBKL berjaya menundukkan lawan dengan mudah.
Program anjuran Majlis Keselamatan Negara (MKN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini diadakan bagi menghargai petugas-petugas barisan hadapan yang terlibat dalam pengurusan pandemik COVID-19 di Kuala Lumpur dan Putrajaya.
-ZS-