Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Program Gotong-royong Jamin Kesejahteraan Warga Labuan

By 23 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Perbadanan Labuan

LABUAN, 23 Jul (Malaysiaaktif) – Program Gotong Royong Keceriaan Pusat Bandar Tahun 2022 amat penting bagi menjamin kesejahteraan penduduk Labuan secara keseluruhannya.

Menurut Pengerusi Perbadanan Labuan Senator Datuk Bashir Alias,
program gotong-royong seumpama itu bukan hanya untuk menceriakan keadaan bandar Labuan ini sendiri, tetapi juga merupakan usaha dalam membendung penularan wabak denggi yang semakin meningkat di wilayah ini khususnya di kawasan bandar.

“Selain daripada aspek kebersihan dan keceriaan, aspek kesihatan persekitaran juga perlu diutamakan demi kesejahteraan warga Labuan secara keseluruhannya.

“Penganjuran program gotong-royong seperti ini turut menggalakkan aktiviti pembersihan dilaksanakan secara gotong royong melalui penglibatan dan kerjasama daripada rakan-rakan strategik seperti agensi-agensi kerajaan, Dewan-Dewan Perniagaan, persatuan dan orang awam,” katanya semasa merasmikan program itu di Laman Victoria pagi tadi.

Tambahnya, program itu merupakan Inisiatif Program Mampan Sejahtera di bawah Local Agenda 21 (LA21) bagi Kebersihan dan Keceriaan Bandar Peringkat Labuan.

“Saya turut dimaklumkan bahawa terdapat beberapa aktiviti lain turut diadakan iaitu pameran Kitar Semula, pameran berkenaan Wabak Denggi, Pemeriksaan Kesihatan serta yang paling menarik ialah perkhidmatan kutipan e-waste,” tambahnya lagi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda