
Laporan/foto: Elyas Hisyam Mat Zin
KUALA LUMPUR, 25 Jul (Malaysiaaktif) – Lebih 30,000 peluang pekerjaan disediakan kepada orang ramai di Ekspo Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 ‘Revolusi Kerjaya, Memperkasa Keluarga Malaysia’ di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini.
Ekspo yang disertai lebih seribu agensi dan majikan itu melibatkan pelbagai sektor industri perkilangan, perkhidmatan, perhotelan dan pengendalian makan dan minuman.
Pegawai Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Haziq, 29, berharap mereka yang telah diberhentikan atau kehilangan pekerjaan perlu mengunjungi reruai MDEC di ekspo ini.
“Mereka yang mendaftar dengan MDEC dalam ‘Program Global Online Workforce’ (GLOW) akan diberikan latihan secara percuma tentang cara-cara untuk mendapatkan kerja secara dalam talian dan bekerja dari rumah sahaja,” katanya.
Ekspo kerjaya tersebut berlangsung selama lima hari dari 23 hingga 27 Julai 2022, jam 9.00 pagi hingga jam 5.00 petang. Orang ramai boleh mendapatkan maklumat berkenaan program ini dengan melayari www.myfuturejobs.gov.my/careerfair.
-ZS-