Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Penggemar Motorsikal Retro Banjiri Program ‘D’moncheh Retro Bike Week 2022’

By 25 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noraini Mohd Nasir/Shaiful Azman Mohd Said (Tampin)

TAMPIN, 25 Jul (Malaysiaaktif) – Hampir 500 penggemar motorsikal retro membanjiri D’moncheh Retro Bike Week 2022 bertempat di Masjid As-Syakirin, Gemencheh, di sini semalam.

Menurut penganjur dan pemilik Kelab Retro Negeri Sembilan@Moncheh Rertro Sukiman Mesman, objektif utama program ini adalah untuk mengubah minda masyarakat kepada para peminat aktiviti permotoran dan pada masa yang sama menarik golongan ini mendekati serta mengimarahkan masjid setempat.

“Tujuan utamanya adalah untuk mengajak para penunggang motorsikal mengimarah serta merapatkan saf jemaah bukan sahaja di Masjid As-Syakirin ini tetapi masjid-masjid yang lain. Kita juga ingin memupuk semangat sayangkan rumah Allah dalam kalangan para peminat motor.

“Saya juga ingin mengingatkan kepada semua ‘mat motor’ agar janganlah hanya minat pada motor sahaja akan tetapi perlu selarikan antara hobi dan agama agar ianya tidak menjadi hobi yang sia-sia,” katanya.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Gemencheh Dato’ Mohd Isam Hj. Mohd Isa dan Pegawai Hal Ehwal Islam Daerah Tampin Ustaz Ahmad Hilal Kasim.

-ZS-

Tinggalkan komen anda