Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Mini Karnival Usahawan Asnaf Perlu Diperbanyakkan

By 26 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Amirul Azim Othman (Melaka)

MELAKA, 26 Jul (Malaysiaaktif) – Majlis perasmian program Asnaf Berdikari telah diadakan bersempena mini karnival usahawan golongan asnaf yang dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat Kemas negeri Melaka di lobiΒ Menara Persekutuan Melaka, MITC, di sini baru-baru ini.

Menurut setiausaha politik kepada Ketua Menteri Melaka, Abdul Hakim Abdul Wahid berharap mini karnival sedemikian dapat diteruskan lagi secara berkala dan memperbanyakkan lagi produk-produk yang berkaitan untuk dipasarkan.

“Seramai tujuh usahawan golongan asnaf menerima bantuan barangan bernilai Rm3,000 sebagai permulaan mereka untuk berniaga.

“Program cetusan idea pengarah KEMAS negeri Melaka Rozkhaidi Othman itu bermatlamat membantu golongan asnaf fakir meningkatkan taraf hidup mereka melalui bidang usahawan.

“Selain itu, mereka akan dibimbing dengan ilmu keusahawanan yang betul agar mereka lebih berilmu pengetahuan,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda