Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

MyGrocer@Wilayah Manfaatkan 19,000 B40 Labuan

By 26 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian

LABUAN, 26 Jul (Malaysiaaktif) – Program Jualan Rakyat MyGrocer@Wilayah 2022 bakal memberi manfaat kepada kira-kira 19,000 orang golongan B40 di wilayah itu.

Menurut Pengerusi Perbadanan Labuan Senator Datuk Bashir Alias program itu memfokuskan kepada jualan barangan sumber protein utama bersubsidi iaitu ayam dan telur ayam agar rakyat dapat berbelanja pada harga yang lebih rendah daripada harga siling yang ditetapkan kerajaan.

“Seramai 19,000 penduduk kumpulan B40 di Labuan bakal menerima manfaat ini selama tempoh enam bulan dengan melibatkan peruntukan berjumlah RM399,000.

“Ini adalah usaha murni kerajaan di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan bagi memastikan golongan B40 terus terbela dengan kenaikan harga barangan yang membebankan terutamanya bagi masyarakat di Labuan,” katanya selepas melancarkan program itu di Pasar Sentral Labuan, di sini pagi tadi.

“Sebanyak 18 kedai rakan strategik dan peniaga ayam di Pasar Sentral akan dilibatkan dalam program ini di mana penerima akan mendapat subsidi berjumlah RM3.00 bagi pembelian ayam segar dan RM0.50 sen apabila membeli sekurang-kurangnya 10 biji telur ayam,” katanya lagi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda