Laporan/foto: Khairul Annuar Zulkernain (Alor Gajah)
MASJID TANAH, 26 Jul (Malaysiaaktif) – Kerajaan negeri Melaka menyasarkan untuk meningkatkan penglibatan belia dalam gaya hidup yang aktif dan sihat sejajar dengan pembangunan kemajuan negeri ini.
Menurut Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri VP Shanmugam semasa merasmikan Sambutan Hari Belia Tahun 2022 Peringkat Daerah Alor Gajah di sini kelmarin, belia perlu aktif dan sihat kerana kerajaan negeri turut melibatkan golongan belia sebagai pembuat dasar supaya pandangan belia didengari dan diambil tindakan.
“Indeks Belia Malaysia 2021 menunjukkan bahawa skor kesejahteraan mental dan fizikal belia berada ditahap sederhana disebabkan gaya hidup yang tidak aktif dan kurang bersosial secara fizikal,” katanya.
Pelbagai program menarik diadakan seperti pertandingan memancing, perlumbaan kereta kawalan jauh, bola sepak jalanan dan senamrobik.
Turut hadir Pegawai Daerah Alor Gajah Saiful Hazwa Kipli dan Pengarah Belia Dan Sukan negeri, Khairul Adri Rosli.
-ZS-