
Laporan/foto: Mohd. Yusof Hj. Abd. Samad
TANGKAK, 27 Jul (Malaysiaaktif) – Karnival Jom Bekerjaya di bawah ‘My Future Jobs’ anjuran Kementerian Sumber Manusia dan Perkeso mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat tempatan.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor Hajah Khairin-Nisa Ismail @ Md On kerajaan khususnya di negeri Johor akan terus memastikan masyarakat terus bekerjaya untuk membantu perkembangan ekonomi seterusnya membentuk keluarga bahagia.
“Program ini bermatlamat memberi peluang pekerjaan terutamanya yang dibuang kerja oleh majikan semasa pandemik COVID-19.
“Ia juga memberi peluang khususnya kepada para belia mendapatkan pekerjaan berdasarkan kemampuan dan kelayakan diri mereka,” katanya di sini baru-baru ini.
Khairin Nisa turut menyampaikan sumbangan kepada majikan dan individu yang menjalankan perniagaan secara persendirian.
Program yang diadakan di Dewan Putra, di sini dihadiri seramai 350 orang daripada pelbagai peringkat usia dan kaum.
Turut hadir Penyelaras Dewan Undangan Negeri Tangkak Datuk ir Hamim Samuri, Pegawai Daerah Tangkak Azman Mohammad, Ketua-Ketua Jabatan dan pemimpin-pemimpin masyarakat.
-ZS-