
Laporan/foto: Mohd. Nasharuddin Mohd. Shah (Kota Tinggi)
Kota Tinggi, 1 Ogos (Malaysiaaktif) – Keluarga Johor Pemangkin Pembangunan Negeri merupakan tema Sambutan Maal Hijrah 1444H/2022M daerah Kota Tinggi dan Negeri Johor keseluruhannya.
Sambutan Maal Hijrah bagi peringkat Daerah Kota Tinggi telah diadakan di Perkarangan Masjid Bandar Kota Tinggi di sini baru-baru ini telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Kota Tinggi Datin Paduka Hajah Hazlina Jalil.
“Saya berharap agar penduduk daerah Kota Tinggi sentiasa membuat penghijrahan yang lebih baik demi kepentingan penduduk selaras dengan tema sambutan Maal Hijrah pada tahun ini.
“Tema ini juga dipilih bagi tujuan pembangunan negeri melalui pembentukan keluarga dengan penghijrahan yang berterusan sebagai pemangkin kepada pembangunan negeri Johor dan daerah Kota Tinggi khususnya,” katanya.
Majlis sambutan kali ini telah menganugerahkan Haji Ahmad Songkerim sebagai Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1444H (Bidang Keagamaan) dan Dr Norhamimah Abdullah (Bidang Kemasyarakatan).
Turut hadir Pentadbir Tanah Daerah Kota Tingg, Syed Norul Shahril Syed Nasir, Yang Dipertua Majlis Daerah Kota Tinggi Mohd Fahmi Yahya, Kadi Daerah Kota Tinggi Haji Mohd. Zaini Mohd. Salleh, Ketua-Ketua Jabatan dan penduduk setempat.
-ZS-