Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Kenduri Sepak Takraw Raih Minat Golongan Muda

By 1 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Zurina Saad (Yan)

YAN, 1 Ogos (Malaysiaaktif) – Kenduri Sepak Takraw Dewan Undangan Negeri (DUN) Guar Chempedak yang berlangsung di Gelanggang Cikgu Shukor, Kuala Sungai Yan, di sini semalam meriah dengan  penyertaan 10 pasukan anak-anak muda tempatan selepas dua tahun tidak dapat diadakan dek pandemik COVID-19.

Menurut Ahli DUN Guar Chempedak Datuk Wira Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail beliau merasa sangat gembira dengan sambutan yang diberikan oleh golongan muda dan berharap program sebegini diteruskan pada masa akan datang.

“Saya menyeru kepada golongan muda supaya dapat memanfaatkan masa dengan aktiviti-aktiviti berfaedah agar tidak terjerumus dengan perkara-perkara tidak sihat.

Program yang bermula hari Jumaat dan berakhir pada Sabtu itu turut diserikan dengan pelbagai acara lain seperti sukaneka dan sebagainya.

-ZS-

 

Tinggalkan komen anda