Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Dialog Awam Bersama PBT Selesai Pelbagai Masalah

By 10 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zuriatina Tamat (Kluang)

KLUANG, 10 Ogos (Malaysiaaktif) – Sesi Dialog Awam (‘Town Hall’) Bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sempena Johor Bersih merupakan platform terbaik untuk berinteraksi secara langsung dengan komuniti daerah Kluang.

Menurut Pegawai Daerah Kluang Jamaludin A. Hamid menerusi sesi itu pihak Pejabat Daerah dan PBT berkongsi pandangan dan idea sekaligus dapat menjalin kerjasama dengan komuniti daerah Kluang dalam menangani isu-isu setempat secara lebih berkesan.

“Usaha-usaha yang dijalankan dalam memupuk budaya kebersihan ini tidak seharusnya menjadi tanggungjawab kerajaan semata-mata.

“Semua pihak perlu terlibat secara langsung membantu mempertingkatkan kebersihan dan kesihatan awam seperti melalui tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang perlu dimainkan oleh pihak industri,” katanya di sini semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda