Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

D’ Jasin Station Buka Peluang Perniagaan

By 22 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noraidah Mat Seh/Azreen Ahmad (Jasin)

JASIN, 22 Ogos (Malaysiaaktif) – Perasmian D’ Jasin Station penuh kemeriahan dengan kehadiran pelbagai golongan masyarakat bersempena Program Cintai Alam Sekitar Bersama Komuniti dan Hari Kebangsaan 2022 bertempat di Perkarangan Dataran Jasin.

Ahli MAjlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka (EXCO) Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Zaidi Attan berkata dengan adanya tempat yang menghimpunkan ramai peniaga-peniaga kecil akan meningkatkan aktiviti ekonomi di suatu tempat terutamanya di Daerah Jasin.

“Pada hemat saya lebih ramai pengunjung akan datang untuk menikmati pelbagai menu yang dijual selain dapat beriadah dan berhibur.

“Terima kasih diucapkan kepada kerajaan negeri Melaka kerana cepat membantu dalam pemulihan fasa endemik COVID-19 dan mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan menyediakan tempat dan ruang kepada peniaga-peniaga mencari rezeki pada malam hari,”ujarnya.

Hampir 40 buah khemah menjual pelbagai menu selain aktiviti luncur keluang disediakan bagi pengunjung yang ingin mencuba aktiviti lasak.

-ZS-

Tinggalkan komen anda