
Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah
KANGAR, 14 OGOS (Malaysiaaktif) – Program Merdeka@Komuniti yang telah diadakan pada awal pagi tadi bersama penduduk Komuniti Keluarga Malaysia Taman Perlis telah memulakan program dengan aktiviti senaman.
“Dengan program sebegini, ia telah mengeratkan hubungan komuniti setempat dan saling berhubung antara jiran,” ujar Puan Choong Saw Fern, Ketua Komuniti Taman Perlis selepas majlis pagi tadi.
Ketua Komuniti Keluarga Malaysia Taman Perlis, Choong Saw Fern menyatakan, aktiviti pada pagi ini seperti menyanyi sambil kibar Jalur Gemilang dapat menaikkan semangat masyarakat tempatan untuk sama-sama merasai kemeriahan sambutan Bulan Kebangsaan.
Turut diadakan pada pagi tadi adalah aktiviti Kraftangan daripada bahan terbuang yang dijadikan barang-barang hiasan seperti beg tangan.
Puan Tan Lee Peng,65 seorang bekas guru menyatakan mengambil masa hampir dua bulan bagi menyiapkan satu produk kraftangan. Beliau juga membuat demonstrasi anyaman dalam program itu.
-ZS-