Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Premier Sarawak Sertai Zumba Keluarga Malaysia Sempena Majlis (PBKKJG) 2022

By 15 Ogos 2022Ogos 25th, 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lim Poh Choo (Sarawak)

KUCHING, 14 Ogos (Malaysiaaktif) – Premier Sarawak, YAB Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg menyertai warga Kuching dalam acara zumba Keluarga Malaysia sempena Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang (PBKKJG) 2022 Peringkat Negeri Sarawak di Tebingan Sungai Kuching,  semalam.

“Selain daripada berzumba untuk kesihatan, program ini turut menaikkan semangat patriotik di kalangan warga Kuching. Malah saya sendiri merasa seronok kerana dapat berzumba beramai-ramai bersama ahli keluarga.

Tambahan pula dengan kehadiran Premier Sarawak telah memberi peluang kepada kami warga Kuching bertegur sapa dengan Premier Sarawak dan pemimpin kerajaan negeri yang hadir,” kata Mohd Hazwan Othman, 36, yang bertugas di Majlis Perbandaran Padawan (MPP) itu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda