Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

“Selangkah Ke Menara Gading”

By 15 Ogos 2022Ogos 25th, 2022Tiada komen1 minit bacaan

JELEBU, 14 Ogos (Malaysiaaktif) – 1000 orang pelajar tidak melepaskan peluang untuk ke ‘Menara Gading’ di Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia (JPKM) Parlimen Jelebu  Simpang Pertang.

Program anjuran Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Jelebu bersama Yayasan Prihatin Malaysia telah memberi peluang kepada pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2017 hingga 2021 untuk melanjutkan pelajaran di Universiti mahupun Kolej

“Jangan dipersiakan peluang kali kedua untuk ke Universiti rebutlah peluang hari ini,”kata Jalaluddin Alias dalam ucapan perasmian majlis.

Sebanyak 38 buah Institut Pengajian Tinggi (IPT) mengambil bahagian pada program ini yang menawarkan peluang melanjutkan pelajaran secara terus diterima pada hari ini.

JPKM Parlimen Jelebu ini telah dirasmikan oleh Mahdzir Khalid, Menteri Pembangunan Luar Bandar merangkap Menteri Mentor JPKM.

-ZS-

Tinggalkan komen anda