Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Bintang Patriotik Orang Asal Meriahkan Merdeka@Parlimen Parit

By 23 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Suriani Ghazali/Hasbella Hasim (Perak Tengah)

BOTA, 23 Ogos (Malaysiaaktif) – Pertandingan Bintang Patriotik Orang Asal sempena Program Merdeka@Parlimen Parit yang julung kali diadakan di daerah ini menerima penyertaan yang begitu menggalakkan dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak, remaja dan warga emas.

Juri pertandingan dari Jabatan Kemajuan Masyarakat Perak Tengah Rosnah Zainudin berkata penganjuran program sebegini dapat merapatkan hubungan masyarakat Orang Asal dengan jabatan dan agensi kerajaan setempat.

“Nyanyian dan kebolehan peserta sangat mengagumkan. Rata-rata mereka dilihat berani tampil ke hadapan dan ini menepati saranan kerajaan agar semua pihak terlibat sebagai Keluarga Malaysia dalam memeriahkan sambutan Bulan Kebangsaan Tahun 2022,” tambahnya ketika ditemui di Padang Sekolah Kampung Suak Padi, di sini baru-baru ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda