Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Kanak-kanak Tabika Perpaduan Seremban Jaya Berarak Merdeka

By 23 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Hajar Kamis

SEREMBAN, 23 Ogos (Malaysiaaktif) – Bagi mendidik semangat cintakan negara dan semangat patriotisme dalam kalangan anak-anak Komuniti Keluarga Malaysia (KKM) Seremban Jaya telah mengadakan perarakan kemerdekaan bersama murid tabika perpaduan, di sini baru-baru ini.

Menurut Pengerusi KKM Seremban Jaya Hanapi Daing aktiviti perarakan tersebut adalah julung kali diadakan untuk mendidik anak-anak mengenai semangat cintakan negara.

“Pelbagai usaha dilakukan bagi mewujudkan semangat cintakan negara dalam kalangan penduduk di sini dan perarakan bersama murid tadika pada hari ini adalah salah satu daripada aktiviti yang telah dirancang pada tahun ini,” katanya ketika ditemui.

Selain perarakan, pertandingan pakaian beragam kanak-kanak juga turut diadakan pada hari tersebut.

-ZS-

Tinggalkan komen anda