
Laporan/foto: Mohd Suhaidi Mat Jusoh (Tanah Merah)
TANAH MERAH, 24 Ogos (Malaysiaaktif) – Program Kayuhan Sihat Warga Tanah Merah yang disertai 100 peserta di sini kelmarin mengambil kesempatan menyantuni asnaf di kampung berdekatan.
Menurut Pegawai Daerah Jajahan Tanah Merah Mohammad Yusuf Hussin golongan asnaf yang terdiri daripada fakir miskin, ibu tunggal dan warga emas wajar dibantu supaya mereka boleh hidup dalam suasana tenteram dan harmoni.
“Kita membantu dan menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas bertujuan mengurangkan beban golongan asnaf untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka,” katanya ketika ditemui di Perkarangan Masjid Mukim Kampung Sat, di sini pada Isnin.
Seorang penduduk kampung Mat Yaakob Salleh, 89, turut melahirkan rasa bersyukur selepas mendapat sumbangan tersebut.
“Pak cik bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada tuan Pegawai Daerah atas rezeki ini kerana ianya amat membantu meringankan perbelanjaan,” katanya.
-ZS-