Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Hari Ladang Rembau Pamer Hasil dan Teknologi Pertanian

By 24 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sapar Sutir (Rembau)

REMBAU, 24 Ogos (Malaysiaaktif) – Hari Ladang peringkat daerah Rembau yang diadakan di Dewan Agora di sini semalam bertujuan mengumpul dan mempamerkan hasil teknologi dan pertanian masyarakat Rembau kepada masyarakat.

Menurut seorang pengunjung Ibrahim Abdullah, 56, beliau hadir untuk membeli dan mendapatkan penerangan tentang benih nanas astana atau MD2 yang akan ditanam di kebunnya.

“Selain itu saya juga mencari maklumat tentang racun yang dibenarkan dan dilarang dalam pertanian,” katanya.

Pelbagai aktiviti dijalankan antaranya kursus agronomi teknologi tanaman nanas astana, pameran racun perosak, jualan hasil sayur-sayuran segar pada harga berpatutan dan sebagainya.

Perasmian Hari Ladang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sembilan Dato’ Ir Hj. Bakri Sawir.

-ZS-

Tinggalkan komen anda