
Laporan/foto: M Zakry Chan/Fariza Farnoh
MELAKA, 17 Ogos (Malaysiaaktif) – Membawa panji-panji kedaulatan negara, Jalur Gemilang megah berkibar dalam Konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia (KMKM2022) yang tiba ke Negeri Melaka, semalam.
Bermula penyerahan baton oleh Jabatan Penerangan Negeri Johor di Geleri Demang Abdul Ghani Merlimau, kembara diteruskan ke Daerah Melaka Tengah dan Alor Gajah kemudian terus ke Tampin.
Menurut Pengarah Penerangan Negeri Melaka, Shahrom Ravin Daram Abdullah, 58, KMKM2022 membawa mesej penting kepada masyarakat bagi memupuk jiwa patriotik dengan mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Sambutan Hari Kemerdekaan ke 65 tahun.
“Kita harus menerapkan jati diri sebagai bangsa Malaysia yang cintakan tanahair, agar nikmat yang dikecapi hari ini dapat sama dirasai generasi seterusnya,” ujarnya ketika ditemubual semalam.
-ZS-