Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

14 Kawah Asyura Meriahkan Program Merdeka@Komuniti Keluarga Malaysia Felda Teloi Timur

By 17 Ogos 2022Ogos 25th, 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Yusmila Japen (Sik)

SIK, 17 Ogos (Malaysiaaktif) – Program Merdeka@Komuniti Keluarga Malaysia Felda Teloi Timur disambut meriah dengan aktiviti gotong-royong memasak 14 kawah Bubur Asyura.

Menurut Pengurus Felda Teloi Timur, Syed Muhamad Ridzuan kesepakatan ini dicapai ketika mesyuarat jawatankuasa pelaksanaan program yang lalu.

“Setiap ahli mesyuarat bersetuju untuk memasak 14 kawah Bubur Asyura ini secara gotong-royong pada program ini memandangkan kita masih berada dalam bulan Muharam, Pejabat Penerangan Daerah Sik turut menyediakan beberapa aktiviti sepanjang program ini berlangsung,” katanya keitka ditemui media.

Pegawai Penerangan Daerah Sik, Ahmad Azlan berkata, program Merdeka@Komuniti ini adalah yang pertama berlangsung di Daerah Sik dan beliau amat berpuas hati dengan sambutan yang telah diberikan serta turut menyeru orang ramai supaya sama-sama menggelorakan sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 ini dengan mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman serta premis perniagaan.

Selain gotong-royong memasak Bubur Asyura, program ini diserikan lagi dengan pertandingan Puzzle Kenegaraan, Cabutan Bertuah dan penyampaian Jalur Gemilang kepada 25 orang ketua blok Felda Teloi Timur dan nyanyian lagu Jalur Gemilang.

-ZS-

Tinggalkan komen anda