Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Mukim Parit Jawa Uniti, Bersih dan Lestari

By 19 Ogos 2022Ogos 25th, 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Shazreen Suradi/Norman Buang

MUAR, 18 Ogos (Malaysiaaktif) – Komuniti Keluarga Malaysia Mukim Parit Jawa dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Muar telah menganjurkan Program Merdeka@Komuniti bertemakan Uniti Bersih dan Lestari di Bangunan Majlis Perbandaran Muar, Cawangan Parit Jawa hari ini.

“Selain daripada menyemarakkan Hari Kebangsaan dan Bulan Kebangsaan, program ini juga bertujuan memupuk komuniti agar bertanggungjawab terhadap kebersihan.

“Program ini mendapat sambutan khususnya dalam kalangan masyarakat Tiong Hua dengan sangat baik dan saya berharap ianya tidak terhenti setakat hari ini sahaja.  Ini dapat menjamin kesinambungan identiti Muar sebagai Bandar Terbersih Peringkat ASEAN,” kata ADUN Sungai Balang, Tuan Selamat Takim, dalam ucapan perasmian program.

Beliau turut menyeru masyarakat setempat agar terus mengibarkan Jalur Gemilang.

Turut hadir sama pada program tersebut ialah Yang Dipertua Majlis Perbandaran Muar, Tuan Jamil Hasni Abdullah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda