
Laporan/foto: Taufiq Firdaus Md.Nor/Wan Arif Fadhila Wan Yusof (Besut)
BESUT, 21 Ogos (Malaysiaaktif) – Kementerian Kewangan Malaysia telah mengadakan sesi jelajah Bajet 2023 Negeri Terengganu yang berlangsung di Dewan Terbuka Muara Kuala Besut, di sini semalam.
Menurut Timbalan Menteri Kewangan 1 Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah antara faktor jelajah ini diadakan adalah kerana kejayaan Besut dalam memenangi anugerah tertinggi di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 tempoh hari.
“Daerah Besut telah menerima Anugerah Perdana Sektor Agromakanan dan Anugerah Persatuan Nelayan Terbaik Peringkat Kebangsaan 2022.
“Selain itu pembinaan benteng pemecah ombak di Muara Kuala Besut yang telah siap 65 peratus merupakan keperluan yang mendesak untuk kerajaan meneruskan projek tersebut.
“Pulau Perhentian merupakan tempat peloncongan terkemuka dunia. Sistem ‘cashless’ akan dilaksanakan bagi memudahkan lagi para pelancong untuk berurusan tanpa perlu mengeluarkan atau membawa tunai yang banyak.
Selain itu daerah Besut berpotensi besar untuk menjadi Majlis Perbandaran dan jika ianya terjadi, peruntukan lebih besar akan diperolehi bagi pembangunan daerah Besut,” katanya lagi.
-ZS-