Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Futsal Persahabatan Meriahkan Sambutan Bulan Kebangsaan 2022

By 29 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohamad Asri Awang Ya/Nur Hafif Zainurdin (Hulu Langat)

AMPANG, 29 Ogos (Malaysiaaktif) – Perlawanan futsal persahabatan di antara agensi-agensi kerajaan daerah Hulu Langat bersama-sama komuniti diadakan di Futsal Hub Ampang kelmarin.

Pejabat Penerangan Daerah Hulu Langat dengan kerjasama Komuniti Keluarga Malaysia Orkid telah menganjurkan Program Futsal Persahabatan sempena Program Merdeka@Komuniti Keluarga Malaysia Orkid.

Noor Sazarina Mohd Noor mewakili Pegawai Penerangan Daerah Hulu Langat berkata aktiviti futsal sempena Program Merdeka@Komuniti ini bertujuan untuk menggalakkan peserta mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti sukan dan mengekalkan kecerdasan fizikal serta mental.

“Program ini dapat mengeratkan lagi hubungan di antara komuniti dengan agensi kerajaan dan menyemarakkan lagi Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022,” katanya ketika ditemui semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda