Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Keseronokan Warga Belia Bangkitkan Semangat Kemerdekaan

By 28 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurul Ain Johari (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 28 Ogos (Malaysiaaktif) – Pejabat Penerangan Daerah Batu Pahat dengan kerjasama Komuniti Keluarga Malaysia Rengit serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung telah menganjurkan Program Merdeka@Komuniti di Dewan Sri Warisan Kampung Belahan Tampok, di sini baru-baru ini.

Pengerusi Komuniti Keluarga Malaysia Rengit Mohd Radhi Jemari berkata program tersebut bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim serta ukhwah antara penduduk kampung dengan agensi kerajaan.

Menurut Abd Halim Safuan, 54, program itu diadakan khas untuk memupuk semangat kemerdekaan serta cintakan negara dalam kalangan warga belia.

“Program seperti ini telah ditunggu-tunggu setelah hampir dua tahun kita hidup dalam pandemik,” katanya.

Pelbagai aktiviti diadakan seperti senamrobik wanita, peraduan memasak dan gubahan, pertandingan mewarna dan melukis, ‘street soccer’, kayuhan merdeka ‘fun ride’, cabaran tarik tali, pertandingan kibaran Jalur Gemilang serta foto klik@merdeka.

-ZS-

Tinggalkan komen anda