
Laporan/foto: Mazlin Basir/Afandi Abd Shukor (Batu Pahat)
BATU PAHAT, 28 Ogos (Malaysiaaktif) – Program Merdeka@Komuniti dilaksanakan bertujuan meningkatkan kesedaran dan penghayatan kemerdekaan negara dalam kalangan rakyat Malaysia terutama komuniti setempat.
Penghulu Mukim Sri Gading Kawasan Ayer Hitam, Md Khidzir Abdullah berkata, semasa kita menyambut Hari Kebangsaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang satu lagi Kempen Johor Bersih turut dilakukan sebagaimana saranan Menteri Besar Johor sehingga Oktober ini.
“Aktiviti gotong-royong masyarakat kampung pada hari ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim dan perpaduan dalam kalangan masyarakat.
Bukan sahaja gotong-royong membersihkan kawasan malah memasak bubur Asyura menjadi meriah dengan adanya kerjasama di antara mereka,” katanya ketika menyampaikan ucapan di Surau Kampung Bungsu Ayer Hitam, di sini baru-baru ini.
Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon.
-ZS-