Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Warga Kampung Gajah Meriahkan Sambutan Hari Belia Negara 2022

By 29 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Suriani Ghazali (Perak Tengah)/Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kampung Gajah

KAMPUNG GAJAH, 29 Ogos (Malaysiaaktif) – Sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2022 Peringkat Daerah Kampung Gajah berlangsung meriah dengan kehadiran 400 peserta di Pasar Tani Kekal, di sini semalam.

“Kerjasama baik antara Pejabat Daerah dan Tanah Kampung Gajah, Kelab Belia Nadi serta Pertubuhan Anak Melayu Pasir Salak dalam menjayakan sambutan ini amat saya hargai.

“Selain itu sokongan daripada beberapa agensi kerajaan di daerah Kampung Gajah dan Perak Tengah dari mula sehingga ke akhir program begitu membanggakan,” ujar Pegawai Daerah Perak Tengah Mohd Zaki Abdul Rahman dalam ucapan perasmiannya.

Sementara itu Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kampung Gajah Muhammad Badry Basir berkata program tersebut diadakan bersekali dengan Karnival Keluarga Malaysia@Perak Tengah yang turut direncana bersempena Sambutan Hari Kebangsaan kali ke-65.

-ZS-

Tinggalkan komen anda