
Laporan/foto: Zurina Saad (Yan)
YAN, 27 Ogos (Malaysiaaktif) – Kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan ke-65 semakin jelas terasa apabila Kampung Kuala Dulang Kechil di hiasi dengan ratusan Jalur Gemilang dan replika mercu tanda negara iaitu Menara Berkembar Petronas setinggi 15 meter.
Apa yang menariknya ia di hasilkan sendiri oleh penduduk kampung secara gotong royong serta menggunakan lebihan besi-besi buangan pembinaan oleh kontraktor di kawasan berhampiran.
Menurut wakil penduduk Haji Ismail Zain, 65, ketika ditemui di sini baru-baru ini idea untuk membina Menara Berkembar Petronas bermula apabila kampung tersebut terpilih untuk menyertai pertandingan keceriaan sempena Hari Kebangsaan anjuran Kerajaan Negeri Kedah dan ianya dihasilkan berdasarkan demontrasi melalui You Tube sahaja.
Menurutnya lagi kerjasama yg erat dengan pelbagai jabatan dan agensi seperti Pejabat Penerangan dan Pejabat Perpaduan Daerah Yan bersama dengan penduduk kampung telah memungkinkan replika tersebut dapat disiapkan dalam masa yang singkat dan didirikan dengan megahnya di Kampung Kuala Dulang Kechil.
-ZS-