
Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar/Bahsyar Abdullah
ALOR SETAR, 31 Ogos (Malaysiaaktif) – Sambutan Hari Kebangsaan ke-65 Peringkat Negeri Kedah telah disambut dengan penuh gilang-gemilang setelah pandemik COVID-19.
Terdapat 115 kontinjen menyertai perbarisan dan perarakan pada sambutan kali ini yang melibatkan enam ribu peserta.
Menurut peserta dari Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Mohd Tarmizi Khairodin, 36, beliau berasa amat gembira dapat menyertai perbarisan pada tahun ini setelah dua tahun tidak dapat menyertainya.
Istiadat perbarisan dan perarakan ini telah disempurnakan oleh Tuanku Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Dataran Medan Bandar, di sini hari ini.
-ZS-