Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

1,100 Peserta Sertai Perbarisan Hari Kebangsaan di Bentong

By 1 September 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Izarina/Muhd Syafiq

BENTONG, 1 Sep (Malaysiaaktif) – Seramai 1,100 peserta yang terdiri daripada 23 kontijen menyertai acara perbarisan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022 Peringkat Daerah Bentong.

Menurut Pegawai Daerah Bentong yang merupakan wakil rasmi Menteri Besar Pahang, Khuzaidi Harun, menyampaikan amanat Menteri Besar, “Kita harus menanamkan semangat cintakan negara dalam diri dan anak-anak supaya dapat kita menghargai jasa wira negara kita yang mempertaruhkan nyawa bagi melindungi negara.”

Sambutan Hari Kebangsaan di Bentong turut diserikan dengan persembahan seperti persembahan Silat yang disertai seramai 250 peserta, joget Pahang oleh kanak-kanak dari berbagai kaum, tarian tradisional India, persembahan koir dan pertandingan perbarisan paling cantik.

-ZS-

Tinggalkan komen anda