
Penulis/foto: Priscilla Chong
KUNAK, 5 Sep (Malaysiaaktif) – Warga Kampung Lormalong menzahirkan semangat patriotik dengan hiasan sekitar kampung.
Ketua Komuniti Keluarga Malaysia di kampung itu, Maswan Sulad berkata sebanyak 3,501 helai bendera Malaysia dan Sabah pelbagai saiz digunakan untuk menghias kawasan-kawasan di kampung mereka.
“Terdapat enam gerbang laluan masuk ke enam lorong turut dihias indah sempena menyambut Hari Kebangsaan serta Hari Malaysia pada tahun ini.
“Kami berharap aktiviti tahunan ini dapat diteruskan oleh generasi seterusnya kerana ia juga secara tidak langsung mengukuhkan silaturahim antara penduduk serta menerap nilai patriotik dalam kalangan generasi muda,” ujarnya ketika ditemui media di kampung itu, baru-baru ini.
-ZS-