
Laporan/foto: Nurul Ain Johari (Batu Pahat)
BATU PAHAT, 5 Sep (Malaysiaaktif) – Setelah dua tahun tiada sebarang sambutan akibat pandemik COVID-19, Pejabat Penerangan Daerah Batu Pahat dengan kerjasama Pertubuhan Kaum Dessit Duanu Negeri Johor telah mengadakan Program Merdeka@Komuniti di perkampungan Orang Asli, Kampung Sri Pantai.
Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti senaman aerobik, kibaran jalur gemilang, tendangan jaringan bola terbaik, meniup belon, kerusi beracun dan lain-lain lagi.
Program telah dirasmikan oleh ADUN Senggarang, Mohd Yusla Ismail. Menurut beliau, program tersebut dapat menyemarakkan semangat patriotik terutamanya dalam kalangan kanak-kanak.
“Meskipun zaman kini semakin canggih dengan berbagai-bagai teknologi, namun kita perlu meningkatkan lagi nilai menghargai kemerdekaan dalam masyarakat,” katanya ketika ditemui media.
“Masyarakat Orang Asli juga perlu membina hubungan kemasyarakatan dengan orang luar,” tambahnya lagi.
-ZS-