Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

3,000 Hadiri Penutup Program Selama Lestari Selama Sihat

By 6 September 2022September 8th, 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lizza Imelia M. Sulanah (Larut Matang dan Selama)

SELAMA, 5 Sep (Malaysiaaktif) – Program Selama Lestari Selama Sihat yang diadakan sepanjang bulan Ogos ditutup dengan sambutan meriah oleh 3,000 pengunjung pada malam 31 Ogos, di Padang Awam Majlis Daerah Selama, di sini baru-baru ini.

“Sejak awal bulan Ogos, pelbagai aktiviti diadakan bagi menjayakan program ini termasuk Kempen Kibar Jalur Gemilang dan Program Pembangunan Belia, Sains dan Teknologi Selama Lestari. Kesemua program dijayakan dengan kerjasama pelbagai jabatan dan agensi awam,” menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Mohd Akmal Kamarudin ketika ditemui media.

“Komitmen setiap penganjur sangat membanggakan dan saya berharap Selama kekal aktif pada masa hadapan,” tambahnya lagi.

Sambutan turut diserikan dengan penampilan istimewa selebriti terkenal, Achey Bocey.

-ZS-

Tinggalkan komen anda