
Laporan/foto: Rose Rasidi/Sunito
CAMERON HIGHLANDS, 17 Sep (Malaysiaaktif) – Seramai 500 orang masyarakat Orang Asli daerah Cameron Highlands meraikan sambutan Hari Malaysia 2022 dengan penuh kemeriahan di dalam program Merdeka@Parlimen Cameron Highlands di Kampung Leryar, semalam.
Program yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk Ramli Datuk Mohd Nor dipenuhi dengan pelbagai aktiviti seperti pertandingan rumah berhias Hari Malaysia, pertandingan sukan terutamanya sukan tradisional menyumpit, pameran agensi, pemeriksaan kesihatan dan ceramah berkaitan sejarah Hari Malaysia serta ceramah berkaitan tanggungjawab pengundi dalam pilihan raya.
Menurut beliau, “semangat patriotik perlu ada dalam jiwa setiap rakyat Malaysia dan semaikanlah semangat patriotik dan cintakan tanah air bersempena dengan Sambutan Hari Malaysia ini serta perkukuhkanlah semangat perpaduan antara kaum agar persepakatan kita terus utuh”.
Ramli turut memaklumkan beberapa projek pembangunan bagi kemudahan pelajar sekolah, belia dan komuniti Orang Asli yang telah diluluskan.
-ZS-