
Laporan/foto: Muhammad Fandy Azam/Nur Fariza Farnoh (Melaka Tengah)
BUKIT BERUANG, 14 Sep (Malaysiaaktif) – Terpancar sinar baharu buat penerima-penerima yang sebelum ini telah memohon dan berdaftar melalui Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan (JAPERUN) Bukit Katil semasa Majlis Penyerahan Kunci Rumah Prihatin bertempat di Kampung Bukit Beruang, di sini baru-baru ini.
Ahli Dewan Negara merangkap Pengerusi Penyelaras Parlimen Hang Tuah Jaya Mohd Ridhwan Mohd Ali telah menyerahkan kunci kepada enam penerima Rumah Prihatin hasil binaan Pejabat Tanah Daerah Melaka Tengah serta beberapa agensi yang lain.
Menurut Mohd Ridhwan Mohd Ali tiada yang lebih menggembirakan apabila beliau dapat membantu individu-individu yang kurang bernasib baik memiliki kediaman yang selesa untuk dihuni bersama keluarga.
“Semoga penyerahan kunci ini menambah kegembiraan mereka semasa kita semua bakal menyambut Hari Malaysia pada Jumaat nanti,” katanya.
-ZS-