Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Adat Disanjung, Budaya Disemarakkan

By 25 September 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Khairul Othman/Abd Halim Jumat (Jelebu)

JELEBU, 25 Sep (Malaysiaaktif) – Program Semarak@Muzium yang bertemakan ‘Adat Disanjung, Budaya Disemarakkan’ mendapat sambutan yang luar biasa oleh penduduk sekitar Jelebu yang diadakan di Muzium Adat Jelebu, di sini baru-baru ini.

Yang Teramat Mulia Dato’ Mendika Menteri Akhirul Zaman Dato’ Haji Maarof Mat Rashad telah mencemar kaus bagi menyempurnakan Perasmian Program Semarak@Muzium.

Dalam sabda ucapan perasmian beliau menyatakan melalui program ini dapat mengetengahkan kepada pengunjung akan keunikan adat-adat pelbagai ras yang diamalkan di Luak Jelebu terutamanya adat perpatih.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia Kamarul Baharin Kasim ketika ditemui berkata pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan sepanjang dua hari program seperti pameran tentang sejarah, warisan dan adat, demontrasi masakan tradisional, demontrasi kraftangan serta pertandingan mewarna dan sukan rakyat buat pengunjung kanak-kanak.

-ZS-

Tinggalkan komen anda