Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Dr. Haniff Hassan Dilantik Timbalan Ketua Pengarah (Kandungan Digital) JaPen Baharu

By 26 September 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rahman Ishak/Siti Maisarah Abdul Razak (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 26 Sep (Malaysiaaktif) – Dr. Haniff Hassan melaporkan diri sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Kandungan Digital) Jabatan Penerangan (JaPen) baharu berkuat kuasa hari ini bagi menggantikan Tuan Haji Hashim Haji Bedu yang bersara wajib.

Dr. Haniff Hassan, 59, merupakan seorang pegawai kanan yang sebelum ini berkhidmat sebagai Pengarah Penerangan negeri Pulau Pinang.

Beliau menerima surat perlantikan daripada Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) Datuk Seri Mohammad Mentek.

Menurut Mohammad Mentek pihak K-KOMM mengalu-alukan perlantikan beliau dan berharap ia menjadi satu penghargaan kepadanya yang akan mengemudikan Sektor Kandungan Digital iaitu salah satu nadi terpenting dalam mengembangkan tanggungjawab JaPen untuk pembangunan komunikasi pendigitalan dan media di era ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda