
Laporan/foto: Muhammad Amirul Miza (Jasin)
JASIN, 9 Okt (Malaysiaaktif) – Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Daerah Jasin adalah kesinambungan HSN yang disambut setiap tahun sejak tahun 2015.
Menurut Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Rim, Khaidirah Abu Zahar program sukan seperti HSN ini dapat menaikkan semangat kesukanan penduduk Jasin dan secara tidak langsung dapat memupuk semangat perpaduan antara kaum dan semua peringkat umur.
“Saya juga mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada adik Syasya Khairina Syamsur, 13, seorang anak jati Jasin yang berjaya merangkul pingat emas dalam acara angkat berat SUKMA 2022,” katanya.
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti tarik tali, āfun night walkā dan acara kemuncak perlawanan bola sepak Rim Phoenix menentang Rajalawak FC.
-ZS-