Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Yang Dipertua Negeri Melaka Ketuai Perarakan Maulidur Rasul

By 9 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Fandy Azam (Melaka Tengah)

MELAKA, 9 Okt (Malaysiaaktif) – Stadium Tun Fatimah di sini hari ini membuka tirai dengan menghimpunkan 5,000 orang dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta sempena Majlis Perhimpunan dan Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka 1444H/ 2022M.

Perarakan yang diketuai oleh Yang Dipertua Negeri Melaka Mohd Ali Mohd Rustam telah berakhir di Dataran Pusat Islam sejauh empat kilometer mendapat sambutan yang luar biasa.

Ketua Menteri Melaka, Sulaiman Md Ali dalam ucapannya berkata selama dua tahun sambutan seperti ini tidak dapat diadakan berikutan penularan COVID-19 dan penganjuran pada kali ini amat dinantikan oleh seluruh rakyat Melaka.

“Dengan komitmen seluruh rakyat Melaka, sambutan yang bertemakan ‘Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran’ dapat menyerlahkan semangat dan cinta yang mendalam kepada Baginda Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW,” tambah beliau.

-ZS-

Tinggalkan komen anda