
Laporan/foto: Zayana Isa/Ihsan APM Pahang
KUANTAN, 7 Feb (Malaysiaaktif) – Sebanyak 28 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka berikutan banjir yang melanda negeri ini sejak semalam.
Daripada jumlah PPS itu, 24 PPS dibuka di Kuantan dan 4 PPS di Pekan yang melibatkan seramai 5,160 mangsa setakat ini.
Menurut sumber dari Sekretariat Bencana dan Operasi, Angkatan Pertahanan Awam Pahang seramai 85 orang pegawai dan anggota terlibat dalam operasi menyelamatkan mangsa banjir di Kuantan dan Pekan.
-ZS-