Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Pelajar Teruja Hadiri Sesi Pengkongsian Ilmu Pertanian

By 8 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Uraidah Zetti Md Arifin (Kemaman)

KEMAMAN, 8 Feb (Malaysiaaktif) – Sesi perkongsian ilmu oleh usahawan dan usahawan tani dalam Seminar Halatuju Pertanian Masa Hadapan peringkat Daerah Kemaman Tahun 2023 menarik minat pelbagai golongan termasuk pelajar-pelajar sekolah.

Menurut Aishah Nur Mohd Saufi, 13, pelajar Sekolah Menangah Kebangsaan (SMK) Mak Lagam, peluang hadir ke seminar tersebut bersama guru dan rakan-rakannya adalah pengalaman yang bermakna kerana sedikit sebanyak dapat menimba ilmu pengetahuan dalam bidang pertanian dan perikanan.

“Sesi perkongsian ilmu dan kejayaan usahawan dan usahawan tani dalam sektor pertanian, perikanan dan penternakan sangat menarik perhatian kami.

“Peserta juga berpeluang singgah di gerai-gerai pameran serta membuat pembelian jualan produk-produk pertanian,” katanya.

Program yang diadakan di Dewan Dato’ Seri Amar Diraja, di sini semalam dihadiri lebih 300 peserta.

-ZS-

Tinggalkan komen anda